Sebelom terlupa, sebelom hilang ingatan, sebelom jari jemari ni dah tak mampu nk menaip, nk bercerita saat Muhammad Harraz Mohd Mazlan lahir didunia. Subuh 06.09.15 rasa sakit di bhgn pinggang, nk baring tak selesa, nk jalan pun sakit. Tak pernah rasa sakit cam tu. Pagi subuh tu lain dari yang lain hebohnya. Adik2 kalut nk pergi kelas, pergi sekolah. My mom pun same sebab fikirkan renovation toilet tgkt bawah belom siap sepenuhnya. Kita plak jalan ke hulu ke hilir sebab mom gtau harus byk berjalan sebelom deliver baby. Pukul 7 pagi, rasa tak daya sgt dah. Cepat2 my mom suruh siap2 nk pergi hospital dan gtau husband suruh mntak cuti dan balik kb sekarang jugak. Nasib baik hari ahad, memang cuti hujung minggu. Waaaaaa time tu fikir, betul ke dah sampai masa ni sebab tak ada turun tanda neither keluar darah atau air ketuban lagi dan due sepatutnya 16hb. Pukul 8 smpai di hospital usm ditemani mummy, chema, and my sis. Terus daftar dan masuk bilik rawatan. Orang lain datang siap pkai kain sarung dah, tapi kita datang pakai macam nk pergi shopping, dengan skirt dan cardigan.
Masuk bilik rawatan, alat2 ape entah trus tampal2 kat perut. Nk check keadaan bayi. Nurse siap tanya ada minum air selusuh ke tak sebab air tu buat kita lagi sakit kalau blom sampai masa untuk melahirkan bayi. Memang tak minum la, cam mana nk minum sebab tak sempat nk buat pun. Time tu contraction 20minit sekali. Part yang paling gerun bila nurse check jalan. Waaaaa, seram sejuk!!!. Relakan la demi anak dalam kandungan. Bila check, nurse cakap jalan tak terbuka lagi. Adoi, takkan false alarms sebab rasa sakit sgt dah. Next step, kena scan tgk keadaan bayi dalam perut. Sekali lg lepas scan dan nmpk baby boy, nurse mintak check jalan lagi sekali. Kali ni nurse cam senior sikit. At last, jalan dah terbuka 2cm.
Saat tu jgk, kita kena tahan wad. Wad 2 akik, katil no 17. Contraction still 20 minit sekali. Masuk wad lebih kurang pkul 1 tgh hari. Pesakit lain senang2 je tidur, hairan jugak bila masuk wad tu, dorg nmpk relax je. Bosan dalam wad sesorg, time melawat baru boleh family masuk. Tapi my mom still wait tempat ruangan menunggu pesakit. Terfikir jugak, betul ke kita dah nk bersalin ni sebab dah tak rasa sakit pinggang dah. Lepas lunch, pergi bilik air dan boommmm ada darah! Seribu satu perasaan masa tu. Tertunggu jgk rasa sakit, tapi tak ada pape. Boleh relax lagi. Husband plak krete wat hal kt kuala lipis. Waktu melawat pukul 5, mummy chema dan adik mad datang. Tips nk bg baby cepat keluar, minum air milo panas dicampur dgn mentega dan mkn buah anggur. Mummy bawakan dengan air zamzam.
Pukul 7 mlm, husband smpai dan sempat masuk wad tgk kita. Shift bertukar, mummy yang teman dari pagi lg, balik rehat. Husband tgu di ruang menunggu pesakit. Smpai lah pukul 11.30 mlm, siap2 nk tidur, contraction 10minit sekali, rasa nk berak, tapi tak keluar. Niat nk tidur dah terbantut sebab sakit sangat. Ulang alik ke tandas dan nurse mula tanya kenapa kuat sangat berjalan pergi tandas. Masa tu nurse ajak masuk bilik untuk check jalan. Sakit yang amat, nurse gtau jalan dah terbuka 5cm, awak boleh siap2 barang bayi, kejap lagi kita ke dewan bersalin.
Keluar je bilik, air mata dah tak dapat tahan, keluar cam air hujan. Tak tau kenapa tapi perasaan takut, gementar, semua ada. Pesakit katil sebelah pun terkejut tgk umi nangis. Biasa dik, anak pertama memang akan rasa camtu. Waaaaa lagi laju air mata keluar. Call husband gtau get ready pergi dewan bersalin, nanti nurse akan panggil untuk teman isteri. Nasib baik boleh masuk tengok sekali, biar dapat tengok betapa susah melahirkan anak.
Tepat jam 12 tgh mlm, masuk bilik bersalin yang sejuk dengan penghawa dingin, perasaan makin gementar. Contraction 5 minit sekali, rasa sakit yang amat sangat. Tak dapat nk gambarkan dengan kata2. Doktor mula pecahkan air ketuban, saat tu dah tak fikir apa, hanya mintak semua berjalan lancar dan selamat. Husband setia menemani di sisi. Makin lama, jarak contraction makin cepat. Saat tu semua ayat suci yg ingat, baca dan terus baca. Contraction jadi 3 minit sekali, nurse bagi pkai mask oksigen. Bila hidu, rasa khayal dan tak fikirkan sakit. Kadang2 cam nk terlelap. Nasib baik husband temankan dan bercakap, kalau tak mesti dah tertido. Hanya kami berdua dalam bilik tu dan bunyi pesakit lain menjerit tahan sakit di iringi tangisan bayi. Lagi bercampur baur perasaan, org lain boleh kita pun mesti boleh.
Pukul 2.45 pagi, rasa air ketuban keluar dah melimpah limpah. Saat tu doktor sudah ready nk suruh push. Mata dah tak dapat nk bukak, hanya mampu dengar arahan doktor cara push yang betul. Husband erat pegang tangan bg dorongan. Tak dapat gambarkan kesakitan saat tu. Akhirnya bila rasa seluruh badan dan kakinya dah keluar semua. Allahuakbar. Lega yang amat. Pertama kali menatap wajahnya bila diletakkan atas dada rasa sebak, terharu, gembira, bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang ibu. Status yang dipandang mulia. Melahirkan seorang bayi.
Jam 3.02 pagi, 07.09.15, hari isnin, tercatat sejarah kami menjadi ibu dan ayah pada putera pertama kami yg diberi nama muhammad harraz yang bermaksud, yang amat warak. InsyaAllah.