nuffnang
Tuesday, March 29, 2011
ntah pape laaaa plak...
Saturday, March 26, 2011
kenapa aku bertudung???

"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar. Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye? Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali –
Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku terdengar sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia. Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur. Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya mengenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti? Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri. Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku
p/s=aurat dari segi bahasa bermaksud keaiban…… menunjukan aurat maknanya, menunjuk aib kte sdri……
Tuesday, March 22, 2011
sape nk mengaku tue???
Sunday, March 20, 2011
ponet makcek nie haaa....
Tuesday, March 15, 2011
anggun
Anggun
Anggun pandangan dimatamu
Ayu cantik tutur bahasamu
Sayu lembut hatiku terpalu
Terpaku ingin ku tahu
Siapa yang menghantui diriku
Ramai ternoda dan tergoda
Ini kisah teruna dan juga dara, bertemu tak sengaja ketika ronda-ronda, bermula baru kelabu berbaju
Tersekat pandangan kearah sesuatu
Bertanya di hati inikah ratu melayu bersama ibu nyata dia pun mahu tahu barat kutemu di destinasiku
Berkat doa didada takdir kau ku temu
Boleh bertanya siapakah di alam maya blh ku add facebook dan twitternya
Ibu memandang ku senyum sahaja
Sayonara ku undur sebentar ya, malu ku mahu harus bagaimana
Salam seanggun apa khabar wajah seperti apa yang terpampang di atas layar
Lesung pipit hitam manis petunjuk salah silah pekerti seperti saidatina khadijah
Tumpang Tanya siapa yang jadi teman jawapannya tepat, rasul, tuhan dan al-quran
Tak marah terkilan pun bukan kerana mereka dan aku sepasukan
maaf jika hamba kurang sopan
Tapi sehidup menatap sudah tentu tak bosan
Maaf jika hamba terlebih melopong
Tapi pusingan ini hamba kalah 1-0
Mungkin juga ada pusingan ke-2
Mungkin ada jalan untuk anak aku ke syurga
Maaf jika dicemburui masa kalau aku tuannya kita bicara lebih lama
Biarkan kau dan aku bersatu
Bagaimana hebat yang dulu-dulu
Wahai ibu, izinkan aku lalu
Inginku bina hasrat yang baru
Thursday, March 10, 2011
new frens, new laugh, new thing
Yang lepas iaitu semalam telah pergi meninggalkan kita, walaupun semalam kita telah buat dosa, kita xboleh ubah jadi pahala kecuali bertaubat, hari esok belum tentu kita akan hidup, jadi hari nie je kita hidup, lau buat dosa hari nie pun kita tetap kene bertaubat tapi sebelum hari esok kita boleh kawal diri daripada melakukan dosa…..
I got this word from lala….. hmmmm sape lala nie??? Haaa…. makluk tuhan jgk….. datang dari mane ntah…. Hehehe… sory lala…. Owg grau jew….. k, I got new frens, cam ne??? hmmmm oleh sbb no hpn aq skg roommate aq penah pkai dulu, lala nie nk cari kwn aq y 2 la…… so, lala nie kwn member aq….. 2 jew….. xsalah lau nk kawan….. berkawan biarlah beribu, y sayang cukup la satu (ayat ciplak yang lala jgk)……. But I’m warning u lala….. I’m not easy to please…. Btw, thanks coz sudi nk berkawan ngan dak comot nie…. N today ur birthday rite….. hapy bufday lala.
Friday, March 4, 2011
waiting...



