nuffnang

Wednesday, June 27, 2012

seksa meninggalkan solat

sebagaimana kita maklum dan menurut ajaran islam bahawa sembahyang lima waktu itu adalah kewajiban yang telah difardhukan ke atas umat islam.
Nabi SAW bersabda....
                                     sembahyang itu adalah 'tiang agama'. maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya, ia telah merobohkan agamanya.

seksa dan bala....

didunia
1. hilang berkat umurnya...
2. hilang keberkatan rezekinya
3. dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.
4. tidak diakui ia masuk golongan Islam
5. segala amal baik yang dikerjakan tidak memperolehi pahala(sedekah, puasa, dan lain-lain)
6. doanya ditolak

sewaktu hampir ajalnya
7. mati dalam kehinaan(pencabutan roh dengan tidak ada belas kasihan
8. matinya dalam kelaparan(perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu pun
9. matinya dalam dahaga(walaupun diminum air tetapi tidak dapat menghilangkan dahaga)

didalam kubur
10. disempitkan kuburnya
11. digelapkan kuburnya
12. diperintah malaikat ke kuburnya untuk menyiksa si mati hingga ke hari kiamat dengan tiada henti.

ditemani seekor ular yang bertangan dan kukunya daripada besi dan membawa alat pemukul dari besi yang berat dan mata ular itu dari api. ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya bagai halilintar

'aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fardhu subuh sehingga zuhur, kemudian dari zuhur sehingga asar, dari asar hingga maghrib, dari maghrib ke isya' dan dari waktu isya' sehingga sampai waktu subuh'

lalu dipukul setiap kali lenyap terbenam ke bumi sedapam beberapa ratus hasta. kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya lalu ditanya seperti tadi dan dipukul lagi. terus terusan sehingga hari Kiamat

ketika bertemu tuhan di hari Kiamat
13. Allah tidak mengampuni ke atasnya bagi orang yang meninggalkan solat itu, seksa dan azab yang hebat
      dan pedih.
14. Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.
15. datanglah malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. rantai itu diikatkan ke leher lalu
      dimasukan kedalam mulutnya dan keluardari duburnya. dan ditarik-tarik dan disentap-sentap rantai itu.
      kemudian orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraga Jahanam yang bernama 'Saqar'

                              'bersegeralah dalam mengerjakan sembahyang sebelum selesai waktunya, dan
                                                   bersegeralah bertaubat sebelum tibanya ajal maut'

firmam Allah
                             'mereka-mereka yang mensia-siakan akan sembahyang dan mengikut hawa nafsunya
                           kepada kejahatan maka tetaplah mereka jatuh kelak ke dalam satu telaga dari api neraka'

p/s= ya Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.....sesunggahnya aku banyak berdosa padaMu....ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan....jauhilah aku dari azab api neraka.....amin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...