nuffnang

Monday, September 10, 2012

smile

smile.....
haaaa kan comei cam tu you all.....pagi-pagi mood mestilah ceria....kadang-kadang mood kita guide kepada situasi....if you positive thinking....it will bring you good environment....bukan DC nak hipokrit...tapi bila difikirkan, masalah sentiasa ada, sebab kita sebagai hambaNya sentiasa diuji.....just the way how we handle it....orang cakap hidup nie indah.....hanya sekali kita lalui zaman kanak-kanak, zaman remaja, dewasa and next zaman bermain dengan cucu....hargai setiap detik yang kita ada...dalam usia remaja dah nak masuk dewasa nie, DC rasa dah ambil keputusan yang betul...untuk bahagia, DC pilih dia...walaupun kadang-kadang tak sefahaman dalam beberapa hal, itu cabarannya.....bila orang tanya, korg ada gaduh tak.....hmmm fikir-fikir cuba ingat tak ada, yela....sebab kalau orang lain, gaduh sampai berminggu-minggu.....ktorg gaduh tak sampai dua jam, dah ok balik....'orang bercinta lain, bila dah duduk sebumbung lain' itu DC sokong...walaupun usia perkenalan ktorg dah 2 tahun, DC nak lagi belajar untuk kenal hati budi dia...wish that i'm not choose the wrong guy...
lagipun, sekarang nisbah perempuan lagi ramai dari lelaki, kuasa memilih bukan jadi keutamaan bagi kaum hawa....

p/s=kita hanya merancang, yang menentukan hanya Dia...insya'allah tahun depan.

Friday, August 31, 2012

muara hati

cinta terpisah ruang waktu...
tetap cinta bersatu dalam hatiku
walau raga kita tak mungkin bersama
ku yakin hati kan tetap setia

ku percaya kemanapun kau berjalan
serah cinta meruntun mu kepadaku
pabila cinta sudah bersenandung tak kan berpisah hati

demi cinta dalam hatimu
ku yakin engkau untukku
meski jejak pisahkan kita
cinta kan bawa kembali ...padamu

aku ada kerna kau ada
tercipta hatiku hanyalah untukmu
jalanku menuju kepadamu
kemanapun ku pasti kembali

demi cinta dalam hatimu
biarkan aku merasuk kedalam hati cinta kita.

p/s=dear oreo, ucuk cheese.

Saturday, August 25, 2012

let you go

kata orang....kalau kita sayangkan seseorang, kita lepaskan dia....kalau dia kembali, bermakna dia memang jodoh kita, tapi kalau dia tak kembali, maksudnya dia bukan jodoh kita....

so, mohd mazlan b rosly......saya lepaskan awak pergi. =)

Thursday, August 23, 2012

ramadhan & syawal

hye you all! masih lagi dalam mood raya walaupun dah start buat partime....kat mane tu tak kisah la janji masyuk $$ daripada goyang kaki besarkan badan kt rumah kn....sepanjang ramadhan, DC xdapat nk update story mory kat sini sebab last minute abang sulung DC bkak kdai ikan bakar kat Pantai Dalam. lepas je setle muet, terus DC naik kl.

sempat ambil satu pict je....nie pun 1st day bukak kedai....hari pertama jualan not bad, next day, bahan mentah digandakan pun tetap habis, so, boleh bayangkan jualan ktorg kn....tp nasib cam xok sebab satu kedai je sebelah kanan kedai ktorg pun ada jual ikan bakar jugak, just the way that we serve je lain. day by day....boleh dikatakan berbaloi penat...word yang tak pernah lupa, korg punya ikan bakar lagi sedap dari ikan bakar sekinchan....that our regular customer said.. =))

mgu berganti bulan, syawal menjelma....

sempat puasa dua hari je kat rumah...sempat jgk buat kek dan biskut...

p/s= sok wedding kawan...bile la turn aku pulak..hee

Monday, August 20, 2012

jerrypah

sygku.. aku yakin..kau sebahagianku..
sygku..aku pasti..takdir kita bertemu
biarkan semua berlalu..
all i know i'll have you
pengganti tempat mengadu
selamanya engkaulah yang
tak mungkin aku jatuh cinta pada yang lain
tak mungkin juga aku khianati dirimu
biarkan semua berlalu
all i ever wanted was you.

Thursday, July 12, 2012

Flat Bandar Baru Kubang Kerian

hye readers...this is my aunt house...homestay...rent for month and daily.....anyone who interesting....location....kubang kerian, kota bharu, kelantan.

Wednesday, June 27, 2012

seksa meninggalkan solat

sebagaimana kita maklum dan menurut ajaran islam bahawa sembahyang lima waktu itu adalah kewajiban yang telah difardhukan ke atas umat islam.
Nabi SAW bersabda....
                                     sembahyang itu adalah 'tiang agama'. maka sesiapa yang mendirikannya, sesungguhnya ia menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya, ia telah merobohkan agamanya.

seksa dan bala....

didunia
1. hilang berkat umurnya...
2. hilang keberkatan rezekinya
3. dihilangkan Allah tanda orang soleh pada mukanya.
4. tidak diakui ia masuk golongan Islam
5. segala amal baik yang dikerjakan tidak memperolehi pahala(sedekah, puasa, dan lain-lain)
6. doanya ditolak

sewaktu hampir ajalnya
7. mati dalam kehinaan(pencabutan roh dengan tidak ada belas kasihan
8. matinya dalam kelaparan(perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu pun
9. matinya dalam dahaga(walaupun diminum air tetapi tidak dapat menghilangkan dahaga)

didalam kubur
10. disempitkan kuburnya
11. digelapkan kuburnya
12. diperintah malaikat ke kuburnya untuk menyiksa si mati hingga ke hari kiamat dengan tiada henti.

ditemani seekor ular yang bertangan dan kukunya daripada besi dan membawa alat pemukul dari besi yang berat dan mata ular itu dari api. ia akan berkata kepada mayat itu dengan suaranya bagai halilintar

'aku disuruh Tuhanku untuk memukul engkau sebab engkau meninggalkan fardhu subuh sehingga zuhur, kemudian dari zuhur sehingga asar, dari asar hingga maghrib, dari maghrib ke isya' dan dari waktu isya' sehingga sampai waktu subuh'

lalu dipukul setiap kali lenyap terbenam ke bumi sedapam beberapa ratus hasta. kemudian dikeluarkannya dengan kuku besinya lalu ditanya seperti tadi dan dipukul lagi. terus terusan sehingga hari Kiamat

ketika bertemu tuhan di hari Kiamat
13. Allah tidak mengampuni ke atasnya bagi orang yang meninggalkan solat itu, seksa dan azab yang hebat
      dan pedih.
14. Allah tidak menaruh rahmat serta belas kasihan kepadanya.
15. datanglah malaikat yang menyeksanya yang padanya rantai panjang. rantai itu diikatkan ke leher lalu
      dimasukan kedalam mulutnya dan keluardari duburnya. dan ditarik-tarik dan disentap-sentap rantai itu.
      kemudian orang itu ditarik serta dihumbankan ke Neraga Jahanam yang bernama 'Saqar'

                              'bersegeralah dalam mengerjakan sembahyang sebelum selesai waktunya, dan
                                                   bersegeralah bertaubat sebelum tibanya ajal maut'

firmam Allah
                             'mereka-mereka yang mensia-siakan akan sembahyang dan mengikut hawa nafsunya
                           kepada kejahatan maka tetaplah mereka jatuh kelak ke dalam satu telaga dari api neraka'

p/s= ya Allah yang maha pengampun lagi maha mengasihani.....sesunggahnya aku banyak berdosa padaMu....ampunilah segala dosa yang telah aku lakukan....jauhilah aku dari azab api neraka.....amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...